Tuesday, January 20, 2015

Keisei Skyliner & Tokyo Subway Ticket (1-3 Days Pass)

Saja belek-belek info berkaitan pengangkutan awam di Tokyo ni. Tahun sudah bila baca blog yang berkisahkan trip ke Jepun terus jadi tercengang dan blur sebab tak dapat hendak bayangkan macamana subway diaorang. Banyak sangat line yang disebut-sebut. So harapan nak pergi Jepun secara solo juga macam tak ada dalam list, takut sesat.  Dekat Korea sesat masih lagi boleh cakap broken Korean. Kalau dekat Jepun nak cakap lagu mana? Hmm..

Dari sehari ke sehari secara tak berapa diligently maka studylah sikit-sikit biarcelik sikit mata. Sambil-sambil tu eyeing for cheapest ticket. Kalau bolehtak mahu beli JR Pass sebab mahal bergandakan. Lagi pun setakat nak ulang-alik dari Osaka-Kyoto-Tokyo je. Bukan nak pergi jauh-jauh pun.

So, nak tanya sapa-sapa yang dah berjaya menjejakkan kaki di kota metropolitan Tokyo tu...

Adakah possible kalau kita guna subway line (Toei Tokyo dan Metro Tokyo) sahaja semasa berada di Tokyo?

Adakah untung kalau beli tiket setiap kali kita hendak naik subway atau lebih jimat dan memudahkan kalau beli one-day pass contohnya Keisei Skyliner & Subway Ticket ni?



Keisei Skyliner ni sebab ada return tiket dari Narita Airport ke Ueno/Nappori Station. Selain tu tiket ni didatangkan dengan pilihan 1-3 day-pass. Berbaloi ke kalau guna tiket ni untuk tour di Tokyo?

Toei Subway dengan Metro Tokyo ni selalunya dalam satu bangunan atau berlainan? Dan bila nak tukar train tu kita kena prepare untuk bayar exchange station ke macamana?

Harap ada orang yang sudi share pengalaman dengan subway Tokyo ni.

Makin baca, makin pelik-pelik tiket yang available untuk dibeli. Huhu...


No comments:

Post a Comment