Wednesday, January 14, 2015

My Pretty No.4 Couch Surfing Host, You Jung shii.

Marilah membuat major throwback. Bukan apa, teringat pula bila duk belek-belek gambar dekat Facebook.

Sepanjang dekat Korea hari tu, sempat couch surfing 4 kali; 1st CS, 2nd CS dan 3rd CS. Alhamdulillah semuanya ok tak ada masalah, dapat host yang tak ada kerenah pelik-pelik. Kesemua 4 host ialah berjantina perempuan. Wajibulghunnah! Nanti kalau berlainan jantina apa-apa jadi nanti sapa nak tanggung.

Agaknya bila dah banyak kali couch surfing, perasaan tak selasa secara automatik berubah. Dengan You Jung sshi ni saya rasa paling best sebab rumah dia tak ada sapa-sapa. You Jung menyewa seorang. Berbanding host yang lain mesti berdua dengan abang la, dengan boyfriend (Indonesian, lega jugalah sebab dapat bercakap guna bahasa serumpun) dan dengan housemate. Lagi satu macam boleh masuk sebab dia pun tengah menghitung hari nak pergi travel 3 bulan dekat France. 

Saya couch surfing di rumah You Jung selepas pulang dari Seoraksan. Kalau tak silap ingat, 2 malam di rumah dia. Siap ajak tinggal 1 malam lagi. Maka heret la beg dengan gigih ke rumah You Jung di Hyehwa, berdekatan dengan hospital dekat Hyehwa tu. You Jung ni nurse. Dia tak ada masalah hendak faham English tapi bila speaking tu kurang sikit katanya. Tapi bila exchange mails in English dia okay juga.

Waktu hari kejadian, sebab saya sampai Seoul awal, jadi terpaksalah menunggu di subway station. Siap sempat makan, sempat melawat tuan guesthouse first week... buatlah apa-apa yang patut nak mengisi masa. Bila hari dah gelap barulah dapat jumpa dia.

Sepanjang couch surfing dengan You Jung, ada la 3-4 tempat yang kami melawat; muzium sebab hujan so kena cari tempat bertutup , Bangsan market untuk beli barang-barang buat lilin sekali tutup kedainya hari Ahad, Gwajang market singgah beli ready made banchan, tempat yang jual alat elektrik tu apa entah namanya dll. Ada siap dia bawa dari Hyehwa tu berjalan kaki sampai ke Gwajang Market kemudian sampai ke Jongno. Dah berapa kilometer berjalan tak tahulah hari tu. Penat. Sejuk. Angin pula bertiup sakan hari Ahad tu. Tapi pengakhirannya kami balik rumah naik bas dan cancel plan nak pergi area Insadong . Sebelum balik rumah sempat berehat minum hot chocolate di Lotteria.

Di muzium dekat dengan palace yang ada wall cantik
sepanjang jalan yang dah tak ingat nama dan malas nak google.

Chocolate mould
Chocolate mould beli dekat Bangsan market. Harga tak ingatbtapi starting around 1000 won ke 2000 won. Corak dia comel-comel tapi tak pernah buat pun jadi tukun habuk atas alamari buku ni ha. Bangsan market ni tempat jual barang-barang untuk baking, packaging etc. Masa pergi sini ramai budak-budak perempuan beli biskut stick pepero sebab next week tu Pepero Day. Kalau tak was-was, rasa nak beli bawa balik sebab stick dia bukan haluih-haluih tapi besaq-besaq pensel kaler.

Dinner. Suka ikan bilis halus tu. Banchan yang beli
dekat market tadi. 

Gambar-gambar lain ada dalam folder malas nak punggah keluar. Yang ada sekeping dua ni dari dalam tab. Tulis post ni sebab teringat dekat You Jung. InshaAllah ada rezeki jumpa dengan dia awal musim bunga.

No comments:

Post a Comment