Tuesday, January 27, 2015

Beli Dulu, Kemudian Fikir. Jadi Kebiasaan.

Kalaulah boleh block Air Asia tu kan. Ish! Asyiklah melabur dekat depa walaupun tiket yang dibeli masih ada yang belum sampai tarikh untuk terbang pun. Dengan apa yang dah berlaku tahun lepas, masih lagi semangat beli tiket. Bila orang tanya, "Tak takut ke naik kapal terbang banyak-banyak kali?". Aku hanya boleh jawab kalau dah nak mati macam tu nak buat macam mana. Padahal dalam hati ni takut sapa tak takut.

Aku rasa dah jadi macam kebiasaan pula beli tiket Air Asia ni. Habit! Tapi bukan beli return ticket la. Selalunya aku jenis yang grab tiket sehala / one-way bawah RM300. Macam previous sale last year tu dapat tiket free seat plus minus RM95. Kemudian semalam jumpa pula tiket RM249. Haa... tiket-tiket macam ini la. Takkan nak tengok je kan tiket murah tu. Kucing nampak ikan mesti la dia ngap walaupun aku bukan kucing. Huhu.... Tapi still kena tengok timing sesuai ke tidak. Bukanlah main ngap terus.

Cheapskate memang gini. Maka kita apply kaedah beli dulu pergi tak pergi lain cerita. Kalau tak jadi pun tak ada ralat sangat. Alhamdulillah sampai hari ni masih tak ada yang burn begitu sahaja tapi wallahu'alam dengan trip-trip yang mendatang. Aku syak akan ada juga sekeping dua yang nak kena burn untuk tahun ni. Mana tau kut tak dapat nak apply cuti ke apa.

Lagi satu kalau boleh delete Korea tu dari peta dunia pun bagus juga. Aku ni macam dah tak ada tempat lain nak pi. Kalau check Air Asia mesti tengok harga tiket Seoul dulu. Tempat lain aku tak tengok sangat sebab takut nak pi seorang diri. Kalau pi Seoul confident sikit nak travel free and easy secara solo. Tapi... sebenarnya lepas kena tinggal dekat airport Saigon tahun lepas, aku rasa tak ada scary sangat cuma kena double triple alert dengan persekitaran sekeliling kita. Bila nak repeat Saigon ni?

Hari ni aku tak buka langsung website Air Asia takut nanti terbeli lagi. Nak kena simpan duit untuk trip yang akan datang. Kalau ada gigi emas ke, bulu roma emas ke....boleh la pi gadai untuk buat duit belanja masa travel. Aih...

Terbaca blog seorang blogger ni, dia kata kena sawan Air Asia. Aku nak gelak guling-guling sebab waktu tu aku baru tengah taip separuh jalan entri ni. Aku pun dah kena sawan juga mujur tak kritikal sampai terbeli.

2 comments:

  1. seb baik saigon .... lebih kurang cam malaysia je .... tak terlalu susah sgt ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saigon Saigon pun tp sbb tak prepare langsung dgn tak tahu alamat hotel...cuak juga. Tp tu sbb duk pikir Saigon tu tempat bahaya. Padahal tak bahaya pun cuma beringat yg penting.

      Delete