Monday, March 17, 2014

14th October 2013 - A bus ride to Gwanghwamun & Gyeongbokgung.

A bus ride ^^

Nekad pagi ni nak pergi berjalan naik bas. Bukan main banyak lagi print screen Navermap sebagai petunjuk. Tak sia-sia 4 tahun belajar bahasa Korea, ada gunanya. Terima kasih ajushii sebab kalau tak kerana ajushii, tak teringin pun nak terlibat dalam dunia serba K ni. Err... tapi ada juga rasa menyesal sebab once involved macam susah nak tarik diri keluar dari dunia K tu. 

Ok, kali kedua naik bas adalah kejayaan. Bus stop tu depan guesthouse je, sekangkang kera. Rugilah kalau tak naik bas. Awal-awal tu lama juga duk belek signboard dekat bus stop, tengok laluan bas. Bas yang mana satu nak naik, nombornya awal lagi dah boleh cari dekat Navermap. Bila dah yakin, ambil gambar laluan bas dan barulah pi tunggu dekat tepi tu. Senang nak rujuk nanti stop yang mana satu.

Signboard.
Yang merah starting point, yang oren arrival point.
7 stops sebelum sampai Gwanghwamun

Benda yang saya sangat suka dengan bas di Korea ni ialah signboard yang memaparkan setiap stop bagi setiap bas dan juga announcement dalam bas. Benda ni bukan sahaja memudahkan tourist tapi memudahkan rakyat Korea tu sendiri. Tak ada lah tertanya-tanya nak turun dekat mana dan bilanya nak kena tekan loceng.

Untuk yang boleh membaca dan menulis Hangul, boleh guna Navermap untuk cari nombor dan laluan bas ke POI.

1- Isi starting & arrival point
2- Click button yang bentuk bas tu.

3- Pilih 2nd option untuk bas sahaja.

Arrival point is Gwanghwamun &
 you have to walk (the green line) to Gyeongbokgung

Bila naik bas ni, barulah boleh tengok bandar kiri kanan. Jom tengok gambar.



Ada tunjuk perasaan pula dekat Gwanghwamun Square tu.
Dekat Korea selalu ada tunjuk perasaan macam ni.

Tahun 2011 Gwanghwamun Square tak masuk dalam list. Tour guide bawa melawat Gyeongbokgung je.

Admiral Yi Sunshin

Sejong The Great

Saya tak dapat masuk muzium dekat sini sebab tutup pula hari tu. So terus proceed ke Gyeongbokgung.

Dari kejauhan



Mahal tang janggut dan misai tu ha. Huhu..
Lelaki Korea selalu muka jambu tak ada misai.

Autumn, 2013
Winter, 2011


Agashii popular among tourist pada  hari tu sebab the only one
yang pakai hanbok. Yeppun yeoja :)

Close on Monday, so ambil gambar luar sahaja.
Terserempak dengan satu keluarga dari Malaysia waktu di Gyeongbokgung. Sempatlah berborak-borak sekejap tapi dah lupa nama kakak tu. Dalam sibuk nak angkat kaki balik, sekali dengar macam bunyi orang berkawad ke apatah. Cancel balik dan terus menunggu bila ada announcement untuk changing guard ceremony. Waktu winter 2011 tak berkesempatan tengok sebab cancel due to kawasan diselaputi salji. Excited bukan main dapat tengok benda ni akhirnya.

Ketua check pakaian & peralatan anak-anak buah sebelum
changing guard ceromony bermula

Mata pakat pejam habis ke sepet? Huhu...
Yang baju hijau ni ada iras pelakon 'One Warm Words'

Sekali dia libas....

Tombak?
Lebih kurang 30minit selepas sesi diatas (check anak-anak buah), the changing guard ceremony started. Boleh tahan lama juga. 45 minit mungkin.


Berarak masuk

Sesi penyerahan

Pengikut

Tidur?




Selesai changing guard ceremony saya terus ke KTO HQ di Jonggak untuk solat. Kali ni saya pilih subway untuk ke Jonggak. Jauh juga dari Exit 5 Gyeongbokgung station nak berjalan masuk ikut terowong ke subway. En route ke subway ada pameran. Tapi tak silap ada art muzium kut dekat subway Gyeongbokgung.


Sebaik sampai di station Jonggak, saya sempat singgah beli kimbab di salah satu stall dekat Jonggak. Walaupun sudah siap tulis kimbab tuna tapi masih tanya 2-3 kali untuk confirmkan tak ada daging dll. Lagi satu kalau nak cari beg murah-murah, ada satu kedai beg dekat Jonggak ni. 

Instead of jalan dekat luar, saya selalu masuk dalam kedai buku dekat station Jonggak. Dalam kedai buku tu ada cafe; CNN cafe namanya. Sebelum terus ke KTO, sempat singgah makan dekat CNN cafe. Beli air secawan kemudian duduklah makan diam-diam dekat situ. Tak ada pun kena marah bawa makanan luar dekat situ. Saya siap sempat minta tolong cashier tu tengokkan kimbab tu betul ke tuna semata sebab ada benda macam pelik je tapi rupanya sayur.

Menunggu

Tuna kimbab & peach tea
Selesai urusan di KTO, maka beransurlah saya pulang ke rumah. Balik awal sebelum peak hour. 

Navermap boleh detect lokasi kita time tu dekat mana

Naik bas boleh duduk :)


No comments:

Post a Comment