Sunday, March 2, 2014

Last day of Couch Surfing & Kimchi Guesthouse Sinchon

Maka kini tibalah saya ke penghujung misi seminggu couch surfing di Korea untuk seketika. Rasa nak minta extend bermalam semalam lagi di rumah Geumsok onnie sebab rumah dia best. Pengalaman couch surfing yang best, alhamdulillah dapat host-host yang baik dan boleh dipercayai. Bila makin banyak bercouch surfing, makin mudah saya nak sesuaikan diri dekat rumah stranger. Mula-mula serius rasa kekok sungguh. Tapi bukan mudah juga rasanya nak terima strangers menumpang dekat rumah kita juga. Saling percaya mempercayai tu kena tinggi. Kita menumpang buat cara menumpang jangan nak panjang tangan ke apa.

Awal-awal lagi Geumsok dah beritahu hari Ahad dia terpaksa kerja. So tak dapat nak teman saya pergi mana-mana hari ni. Tapi saya tak ada plan nak kemana pun hari tu. Memang dah set setiap hari Sabtu atau Ahad sepanjang 50 hari dekat Korea akan jadi hari untuk berehat.

Sementara nak menunggu kawan Geumsok bangun dari tidur, saya mengemas mana yang patut, tengok pemandangan dari tingkap rumah dan lain-lain. Geumsok beritahu dia dah minta tolong kawan dia call teksi dan entah macamana, teksi hari tu tak ada ke atau lambat servicenya sebab hari Ahad. Sesungguhnya, kalau jumpa orang yang baik-baik tu, memang baik sungguh. Kawan Geumsok offer nak tolong hantarkan sampai ke Kimchi Guesthouse, Sinchon. Rasa bersalah pun ada tapi dalam masa yang sama lega. 

Hantar betul-betul sampai depan pintu guesthouse. Adoi, baik sungguh diorang ni. Sementara nak menunggu check-in time pukul 3 petang, sempatlah saya pergi round-round area berdekatan sekaligus lunch. So, bermulalah episod baru pengembaraan 50 hari di sana. Kali ni dah tak terikat lagi dengan sesiapa. Bebas.

Kimchi Guesthouse Sinchon ni terletak antara Hongdae dan Sinchon; walking distance. Based on info yang pihak guesthouse bagi dekat website, kalau direct dari airport dengan AREX cari exit 4 tapi kalau nak lagi dekat boleh keluar exit 6. Tak perlu risau sangat dengan luggage sebab dua-dua exit ada escalator dan lift.

The map

The guesthouse. 

From Exit 4

From Exit 6

The cheapest guesthouse for those yang memang on tight budget; 10,000 won per night untuk 8 beds dormitory. Kimchee Guesthouse ni selalu ada promotion so itu harga time promotion. Condition hostel tak adalah tip top mana tapi kalau ada 'next year 2015 trip', saya mungkin still akan pilih Kimchee Guesthouse sebab saya suka dengan lokasi dia yang betul-betul dekat dengan bus stop. Sepanjang 50 hari dekat Seoul memang saya lagi kerap naik bas dari subway. Hari-hari sepanjang masa rasanya naik bas. Naik bas tak perlu nak menapak jauh-jauh turun naik tangga, naik bas at least boleh duduk sebab selalunya bas tak penuh dengan rakyat marhaen dan berhenti dekat POI. Maka tidaklah terdera sangat kaki.

Kenapa saya cakap tak tip top sebab saya tak berapa berkenan dekat toiletnya. Satu, toilet kena share. Being so-called widely known guesthouse among travellers, faham-faham jelah berapa ramai yang stay dekat situ. Bila dah ramai pengguna sometimes tu ada yang jenis 'kureng'. Maka mereka yang 'kureng' ni menjadi penyumbang kepada toilet yang kurang bersih. Huhu.. Nak salahkan staff pun tak boleh sebab yang mengotorkan bukannya diorang. Dua, dapur. The cleanliness tu pada saya kurang sikit especially bila long-term guest guna dapur. Mereka ni kadang-kadang tu bila guna dapur suka kecah-kecah, tak reti kemas. I is geli especially time diorang goreng ba alip ba ya. Iye ba alip ba ya  tak bersalah tapi kembang tekak kut. So, saya jarang guna dapur dan masak dekat situ. Turun ke dapur bila nak guna microwave dan segala urusan makan minum selalunya end up dekat bilik. Kembang tekak. Huu....

 Tapi overall 'performance' not bad dan staffs pun ok friendly biasa-biasa macam tu. 

Small locker provided. Small.

'Sarang'

Selipar 'popular' Korea. 




No comments:

Post a Comment