Wednesday, March 26, 2014

23rd October 2013 - Part 1: English Village Gyeonggi-do, "I am getting married next year" & Ajushii

Betullah ada setengah tips tu cakap kalau perempuan berjalan berseorangan, silalah pakai cincin sebentuk dekat jari tu sebagai langkah berjaga-jaga. Hahaha... Nak tergelak bila ingat kejadian tu. Adoi~

Pada suatu hari di Seoul, selepas terpesona melihat gambar-gambar dedaun merah yang diambil oleh tourist Thailand (budak katil sebelah) di English Village Gyeonggi-do, saya tak berlengah lagi terus tukar plan dan menuju ke English Village Gyeonggi-do. Takut kalau lambat pergi, nanti dedaun merah tu layu maka tonggellah pokok-pokok dekat sana. Sudahlah perjalanan ke sana lama, tak dapat duduk pula, double adoi. Huhu... Train penuh dengan......tak lain tak bukan mestilah ajushii dengan ajumma yang gagah lagi perkasa.

Sepanjang perjalanan keluar dari Seoul, duk la bermonolog dengan diri sendiri, "Ni yang tak nak balik ni. Cantiknya. Boleh tak, tak nak balik? Ish sapa suruh beli tiket balik awal sangat. Nak tinggal dekat Korea terus aci tak? Cantiknya. Subhanallah." Hah, itu antara dialog dalam hati bila mata dihidangkan dengan pemandangan yang cantik dari luar tingkap train. Allah, sudahlah cuaca elok. Langit perfect biru. Allah, tak mahu balik Malaysia sungguh time tu. Tapi bila fikirkan makanan, dan dan nak tarik luggage balik. Huhu...

Dalam sibuk duk bermonolog tu, perasaan tak sedap satu macam. Terasa seolah-olah train tu bukan direct ke Yongmun. So bila sampai dekat satu station ni which dah lupa namanya, iyeah!~ lompat keluar dari train. Bila rasa tak sedap, kita kena ikut kata hati ok. Maka tunggulah the next train. Jom layan gambar yang membuatkan orang tu tak mahu balik Malaysia. Lupa diri sekejap. Gambar captured dari dalam train yang bergerak.









Elok sampai di station Yongmun, singgah beli biskut di mart dan kemudian terus ambil teksi ke English Village. Ingatkan ramai tourist sekali tak ada orang, sunyi sepi kawasan English Village tu. Yang ada hanya rakyat Korea. Kata popular tempat ni. Cuaca hari ni tak sesejuk hari yang lepas. Siap berpeluh pakai sweater.

Kedatangan disambut dengan pemandangan pokok berdaun kuning emas ni.

Bendera Malaysia nan ado ke?



Kering 

Tak keterlaluan kalau nak cakap ni ialah the first glimpse of real autumn untuk saya.
Seingat saya sebelum ke sini, tak jumpa yang semeriah ini daunnya :)


Statue of Liberty Amerika kan?
Selang seminit dua, mata disajikan dengan pemandangan indah ini, Allahu.... Jakun lima minit.

Terkesima. Jatuh cinta. 

Antara gambar terawal, berusaha nak bergambar dengan pokok cantik.

Ingatkan kawasan English Village ni kawasan yang 'mati', rupanya berpenghuni; ada sekolah, ada tadika. Agak takut dan berjaga-jaga juga bila berjalan sendirian dekat sini tambah-tambah bila lalu kawasan dorm diaorang. Sunyi. Takut orang tarik lengan ke apa dan lagi satu takut anjing muncul entah dari celah mana, haru. Rasanya tak ada apa yang nak diceritakan, jom tengok gambar.






Masuk keluar bangunan kerjanya satu hari di English Village tu.


Lengang



Berjalan entah sampai ke ceruk tokun mana siap terjumpa mural-mural ni. Ada banyak negara kalau tak silap tapi ambil gambar 2-3 sahaja.








Ada guesthouse tapi rasanya bukan untuk orang luar sewa kut. 





Nama pun English Village. Nak tak nak kena guna English. Tapi....




Kawasan yang sunyi. Sesekali terdengar anjing menyalak. Whoo~ kecut perut.




" May your walls know joy, may every room hold laughter
and every window open to great possibility."
- Mary Anne Radmache-



Another mural yang menarik perhatian. Terlalu kreatif diaorang ni. Mural seorang budak berbasikal diatas seutas tali; tali betul tu gantung/ ikat apa entah. Lupa.


Taking a break for awhile. Alas perut sambil menikmati pemandangan autumn yang indah.

Passport siap!
Kasut favorite, beli dekat Korea. Kasut hiking brand Treskstar kut. Nak beli lagi sepasang.

Cerita lebih menarik akan bersambung dalam Part II. Haha... Till then.



1 comment:

  1. Subhanallah lawanye! Memang sangat aci kalau xnak balik terus. Indahnya ciptaan Allah. Lupa diri tu xpe, dimaafkan dek kerana daun kemerahan tu. Never been to Korea during autumn. Satu hari, nak merasa juga.

    ReplyDelete