Sunday, March 9, 2014

Margot Lee, the Taiwanese traveller

Selepas berbulan berpisah (eceh), akhirnya kami bertemu kembali. Saya ternanti-nanti kedatangan Margot Lee ke Malaysia sebab ada benda yang saya pesan dari Korea. Bukan main jauh barang tu berjalan, dari Korea ke Thailand dan barulah sampai Malaysia. Fuh! Nasib selamat sampai tanpa any damage. Senyum acik bila dapat barang. 

Margot Lee berasal dari Taiwan ialah antara orang terawal yang saya kenal di Kimchee Sinchon Guesthouse. Penghuni katil sebelah. Last kami berjumpa sebelum dia ke Pulau Jeju dan saya pula ke Seokcho. Yang boleh buat kami jadi ngam tu bila masing-masing found out kami minat ajushiideul @ Shinhwa. Oh, time tu berasa sungguh excited sebab ada banyak benda yang boleh dibualkan; konsert, Dong Wan's musical, babird & mabird camp, etc. Kalau ingat balik rasa kelakar pula. Sebab excited bukan main.

So, selepas hampir 2 bulan di Thailand, akhirnya Margot datang bertemu saya di Kuala Lumpur bulan lepas. Sebelum tu dia sempat singgah di Pulang Pinang dulu. Memandangkan cuaca yang panas hari tu dan dia keletihan, kami bertemu di KLCC dan saya sempat bawa dia ke Pasar Seni je. Kami banyak berborak dari berjalan. Dengar dia bercerita pengalaman travel di Thailand dan banyak jugalah dia tanya saya pasal Islam. Rasa best bila dapat jumpa balik. Huhu.. Tahun lepas, masa di Seoul ada juga 2-3 kali kami keluar pi dinner sama-sama, pi jalan sama-sama dan pi tidur dekat jjimjilbang sama-sama. Tobat tak nak dah pi jjimjilbang. Haha...

Tengah-tengah hari rembang ambil gambar dekat taman KLCC.

Kami

Missionnya ialah menghantar calender Chicken Mania ajushiideul. Huhu... Tahun lepas beli online, tahun ni dapat free. Ala... ni calender free kalau pi makan ayam dekat restoran Chicken Mania tu.

Safely arrived!

Ada orang tu sengih sampai telinga, tapi kena cover sikit. Excited benor.

Bukti, mission completed (gambar ehsan: Margot's)

Graffiti dekat LRT Pasar Seni. Pergi negara orang bukan main ambil gambar graffiti dekat sana. Nah! Ni dekat negara sendiri. Hebat apa :)

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Tuan guru Nik Aziz  & Tun Mahathir Mohamad

Penat. 

Makan-makan (gambar ehsan: Margot's)

Mungkin akan ada pertemuan kali ke-2 dengan Margot di Kuala Lumpur lagi bulan ni. Selepas berjumpa saya siangnya, pada sebelah malam dia telah berlepas ke Cambodia nak tengok Angkor Wat katanya dan lokasi terakhir sekarang dia berada di Jakarta selepas hampir seminggu ke 2 minggu di Bali. Fuh! Kaya makcik ni. Dah hampir 6 bulan mengembara. Saya confirm fail kalau nak buat terus-terusan macam dia. Cukuplah 2 bulan di Korea. Huhu...

No comments:

Post a Comment