Friday, March 7, 2014

Hunting craft stuffs at Dongdaemun

Sehari selepas Hari Raya Haji, sehari selepas hujan sepanjang hari dari pagi sampai ke petang, maka hari ni barulah keluar mengukur tanah semula. Hari ni langit kembali biru, langit musim luruh. Hari ni pergi Dongdaemun dengan tujuan yang satu, nak mencari barang-barang kraf, bukan beli banyak pun. Beli secoet je. Lagi pun dah lama stop buat kraf semenjak dah mula bekerja.

Keluar dari guesthouse pun dah lewat pukul 10 pagi, alang-alang tu brunch terus. Mulanya nak brunch dekat Lotteria tapi salah masuk bangunan, saya pi masuk Doota. Cari-cari tak jumpa end-up makan Dunkin Doughnut je. Bila balik bilik, surfed internet baca blog rupanya Lotteria Dongdaemun branch terletak dalam bangunan Migliore dekat ground floor kalau tak silap. Bila masuk dalam Migliore, terus turun escalator. Ada signboard, just ikut arah yang tertera.

Kenyang perut, suka hati, perjalanan pun diteruskan. Banyak sesi window shopping dari shopping. Boleh bayangkan kalau tinggal dekat Korea, hari-hari pun rajin nak pi Dongdaemun ni. Syok sebab banyak barang buat kraf. Saya sebenarnya aim nak beli kain felt yang tebal, dan kain felt bercorak sebab dekat Malaysia tak ada. Bila balik Malaysia macam terbeli sikit pula. Huhu...

Kosong. Tak ada pengunjung. Hari kerja meh.

Makan-makan-makan
Sugar glaze atas donut tu, terliur pula.

For owlie lovers.

Hanbok for kids.

Ribbons.

Stamps.

Geram! Nak beli je rasa.

Small mirror, terpesona!

3 in 1 felt crafts packs.

Gila! Rasa nak borong semua warna
Kain felt good quality, 3mm thick!!!

Comel-comel. Kemas hasil kerja

 On the way back to guesthouse. Tengok siput sedut ni dari jauh jelah.

Siput sedut :P

3 comments:

  1. hi.. saya nak order felt tebal 3mm tu, boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak, maaf ya. saya dah balik malaysia. ni tahun lepas time saya travel dkt sana.

      Delete
  2. bestnye..sy br pertama kali nak pergi..kalau nk cr kawan travel email la sy. nama sy nani... hehe sy on x de kwn rmai lg nak travel...insha allah lagi dua minggu sy ke perth. pastu saya akan pertama kali g snowboard kat korea january ni.haha smua br nk pertama kali..hehehe

    ReplyDelete