Thursday, March 13, 2014

The Kapal Terbang

Serius saya memang suka sangat naik kapal terbang. Nak-nak time kapal terbang nak berlepas. Dulu waktu sekolah di Terengganu, bila balik dari Kuala Lumpur ke Terengganu memang saya naik kapal terbang. Waktu tu belum ada Air Asia, jadi merasalah naik MAS. Kalau naik Air Asia pun still dekat KLIA sebab masa tu LCCT belum ada lagi. Pengalaman pertama naik kapal terbang ialah berjaya muntah secara aman, tidak disedari kawan seat sebelah.

Pertama kali saya merasa naik kapal terbang ialah ketika berumur 16 tahun. Seronok tak terkata dapat naik kapal terbang. Pagi-pagi buta keluar dari rumah. Kadang-kadang terbangun lambat, ayah pecut bawa kereta macam Micheal Schumacher. Kehkeh... Bila sampai dekat airport pula, sudahlah boarding gate jauh, dengan baju sekolah kain khakis terkocoh-kocoh lari tolak troli dengan kawan-kawan mencari boarding gate. Ah... kenangan betul. Kadang-kadang sekali balik tu macam dah rombongan sekolah, ramai. Balik berjemaah.

Ade 2 kejadian yang saya paling ingat sampai sekarang; satu waktu naik MAS dan satu lagi dengan Air Asia. Kes dengan penerbangan MAS ialah apabila pramugara menggunakan kata ganti nama diri 'kau' dengan saya. Muka handsome habis dah tapi bila dia guna 'kau' tu saya dengan kawan macam tergamam. Ayat pramugara tu " Kau punya beg tak boleh letak dekat situ." Puas kami ajuk, kami gelak sepanjang perjalanan balik ke Terengganu. Macam tak dapat diterima akal kitaorang ni dia guna perkataan 'kau' tu. Akhirnya, kami pun buat kesimpulan mungkin sebab dia bukan orang Melayu kut tu yang pramugara tu confused nak guna kata ganti nama diri yang mana satu. Muka handsome habis dah ni tapi tak apa, dimaafkan. Kes dengan penerbangan Air Asia pula tak sama macam MAS. Kes yang dengan Air Asia ni just saya ternampak  seorang pramugari terpakai sock yang salah satu benang dia dah terputus. So, nampaklah satu garisan  kosong memanjang dekat kaki dia. Muka make-up cantik habis dah tapi.... Benda-benda kecil macam ni patutnya diaorang kena alert la kan. Kenangan-kenangan.

Lepas tamat tingkatan 5, maka tamatlah sesi naik kapal terbang. 

Tiba-tiba cerita kapal terbang pula post kali ni. Ini semua gara-gara duk baca pasal kes pesawat MAS MH370 yang hilang tu. Lepas ni mungkin seriau sikit nak naik kapal terbang. Bukanlah nak tulis apa sangat cuma sampai ke hari ini, saat ini saya lebih rela berharap kapal terbang tu kena rampas dan semua mangsa yang terlibat masih hidup. Bila baca latest news mesti teringat dekat anak kapten MH370 yang merupakan junior time dekat UIA. Walaupun tak pernah bercakap dan mungkin dia pun tak kenal saya sebab kami lain majoring, dia budak architecture dan saya budak QS tapi kalau dah belajar dalam satu bangunan, satu kuliyyah, bila selisih bahu ke apa mestilah ada senyum sikit-sikitkan. Bukan besar mana pun KAED tu. Kawan-kawan dia kawan-kawan saya juga. Teringat dekat gambar dan caption last dia yang diupload dekat akaun instagram; gambar dia dengan ayah dia. Bila orang yang kita kenal ditimpa musibah, sedikit sebanyak mestilah terlebih emosi. Huhu.. Sebab itulah berharap sangat kapal terbang tu tak terhempas, maka peluang untuk semua penumpang masih hidup adalah tinggi. Ayah dia pun selamat, insyaAllah. 


No comments:

Post a Comment