Thursday, December 19, 2013

07 Oct 2013 - My solo journey begins, couch surfing with Gina Lee

Lepas entri ni, mungkin saya dah tak update day by day. Mungkin. :)

Jadi hari ni ialah hari terakhir bersama kawan-kawan. Penerbangan mereka pulang ke Malaysia ialah lebih kurang jam 4 petang. Saya tak hantar mereka ke lapangan terbang pun, just bid farewell dekat depan guesthouse. Perasaan time tu nervous, rasa tak nak bagi diorang balik... rasa nak ikut balik sekali pun ada. Haha...

Kawan-kawan bertolak ke airport tengah hari. Jadi kami memang tak ada ke mana pagi tu. Hendak repeat shopping dekat Namdaemun pun cancel. Takut nanti terkejar-kejar. Masing-masing mengemas mana yang patut. Saya berkira-kira nak simpan je bag dekat guesthouse tapi end-up duk usung beg pi mai pi mai. Lepas hantar kawan-kawan saya habiskan masa dekat guesthouse sampai ke tengah hari. Sebelum ke Seoul National University, saya minta izin owner guesthouse untuk tumpang solat dulu dan barulah beransur ke rumah host couch surfing pertama.

Okey, bermula dari 7 Oktober selama seminggu saya buat couch surfing di beberapa buah rumah di sekitar Seoul. Minggu ni dikira sebagai minggu berpindah-randah yang sangat penat!! Jadi lebih kurang sebulan sebelum pergi memang bersungguh hantar request dekat hosts yang available. Ingatkan senang rupanya renyah juga kerjanya. Kena hantar secara banyak. Banyak! Sebab dalam banyak-banyak request, entah 2-3 orang sahaja yang sudi terima kita menumpang di rumah mereka. Sebab saya first timer, review pun belum ada, lagi susah orang hendak terima request saya. Jadi, apa yang saya buat ialah approach host yang belum ada review juga. Gamble. Saya fikir, kalau kita tak bagi peluang dekat dia, samalah macam orang tak nak bagi peluang dekat kita. Betul tak? Hmm...

Host couch surfing pertama tinggal dekat Seoul National University (Orange Line 3). Dengan segala jenis beg yang ada, maka bergeraklah saya ke sana. Okey sungguh awal pergi ke sana sebab tak mahu bertembung dengan peak hour. Sementara menunggu Gina Lee pulang dari kerja, saya habiskan masa dekat cafe berdekatan, update mana yang patut.. Serius letih sungguh badan, dalam kepala nak tidur je tak nak buat benda lain.
The Bake cafe. Simple wall decoration
Peace no war. Sengih sangat, so kita cover sikit
Sambil menunggu, layan makan red bean patbingsu. Awat sedap? Jenuh juga hendak habiskan seorang sebab mangkuk besar.

Red Bean Patbingsu. Yummy! 
Hampir pukul 8 malam barulah Gina sampai. The first awkward moment tapi saya berjaya harunginya dengan baik. Hahah... Mari pulang ke rumah! Saya tinggal dekat rumah Gina selama 2 malam. Gina tinggal berdua dengan abang dia yang sebaya dengan saya. Baguih baguih la depa ni, Gina seorang pharmacist dan abang dia hmm...tak ingat tapi something related dengan komputer. Dua-dua kerja dekat hospital. Dan Gina speaking English dengan sungguh fluent, tiba-tiba saya rasa English saya sangat teruk. Huhu...

Gina's room. Saya tidur atas tilam nipis tu. Comelkan.
Kalau tak boleh tidur, boleh kira kambing biri-biri dekat dinding tu ^_^
Sebaik sampai di rumah, Gina terus sediakan dinner. Mujur saya ada lagi beberapa paket lauk Brahim, dapatlah kasi dia rasa makanan Malaysia. Selepas makan dan rehat lebih kurang, Gina ajak saya keluar. Dia teringin nak makan dekat satu kedai pancake so off we go to Gangnam which is one stop from SNU Station. Kami ke sana dengan bas. Biasalah mula-mula tu memang rasa pelik sangat, nak berborak pun tak reti tapi end-up akhirnya berjaya berborak non-stop. Err... tapi memang sungguh laju orang Korea ni jalan. Tak dan nak ambil gambar bagai. Fokus sekarang ialah hanya pergi kedai pancake ok. Huhu...

Sedap, rasa pancake la kan tapi tak ingat nama kedai tu apa.
Berborak, makan, berborak, makan dan kami pun pulang ke rumah. Balik rumah, abang Gina dah pulang dari kerja. Cuak pula tapi abang dia tak speaking sangat. So, saya just stay dalam bilik.

3 comments:

  1. Wow, couchsurfing kat korea... tak penah rase nak try buat cs kat sane, but lepas bace ur entry nih, mcm menarik plak ... keep updating about this cs ok ... mane tau kot2 nanti bleh try jugak ...

    ReplyDelete
  2. Salam....sye pon akn ke korea january 2015..skrg tgh cri kenalan ataupn kwn kt sane...sye bru j bt act cs tp xfhmsgt cmne gunenye...bole tlg?hehe..emm ok x duk kt umh gina lee tu?ad pape mslh x?sye akn prgi berdua dgn kwn hrp2 dpt la cs kt sne.... :-) emm awak cs byk umh k?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. CS tu bila awak dah register account, bolehlah cari host dr site tu. Sebelum cari host, bacalah every single thing dekat host punya account sebab kdg-kdg host ada trick mcm suruh kita tulis balik like mcm password ke apa. Bacalah review yang surfer lain tulis so dari situ kita bole agak host tu macamana, bagus selamat atau tak nak stay dengan dia.

      Hantarlah request sebanyak mungkin. Dekat situ dia ada button for couch request tak silap saya. Tulis serba sikit pasal kita dan kenapa kita nak jumpa host tu. Lagi satu since awak nak pergi berdua, please baca requirement setiap host sebab ada yang terima single traveller je.

      Alhamdulillah sepjg saya buat CS dkt sana semua yang saya tumpang baik-baik. Saya buat CS dkt 4 rumah.

      Lagi satu, CS host ni ada yg terima berhari-hari. Tapi selalunya diorg accept utk 2 hari mcm tu. Just tanya time hantar request tu.

      Delete