Thursday, December 1, 2011

Cabaran 30: Hari 1: Hari Mula

Scroll dari bawah sampai atas, mata saya tertangkap sesuatu. Selama-lama berblogging ni, setiap tahun tak pernah saya menulis sampai post mencecah angka ratusan. Semalam, ketika mengepost Wordless Wednesday, tiba-tiba terlintas pulak hendak mencukupkan post tahun ini ke angka seratus. Kira okey apa kerna semalam ialah post bernombor 71. Wee!~~ Adalah can nak capai seratus tapi dengan syarat bulan Disember kena menulis tiap-tiap hari tanpa ada kes mencuri tulang melampaui batas.

Oleh yang demikian, Cabaran 30 Hari pun TERwujud dek kesemangatan tuan punya blog. Semangat hape tak tahu lah saya. Dapat hadiah ke tulis banyak-banyak ni? Tapi bulan Disember ada 31 hari.

Err.. mahu pergi memasak. Kemudian mahu pergi Carrefour mengepos barang. Kemudian mahu pulang semula ke rumah dan melakukan sesuatu yang PENTING!

Wassalam.

No comments:

Post a Comment