Friday, December 30, 2011

Cabaran 30 : Hari 30 : Kholas a.k.a Tamat

Kholas tu kena bunyi huruf jawi 'Kho' dan membawa maksud tamat. Kholas tu Bahasa Arab. Eceh, "Sekali dia tulis Arab daa."

Ingat-ingat lupa dah sebenarnya saya ni. Dulu masa belajar dekat Matrik UIA PJ, saya belajar setakat level Bahasa Arab sekolah rendah sahaja. Takda lebih-lebih. Kalau hendak dibandingkan dengan budak-budak jurusan lain, mereka semua kena sambung sampai berlevel-level Bahasa Arabnya bila dah masuk main campus. Kami ni, budak-budak Kuliyyah Architecture and Environmental Design, tidaklah pula kena sambung ke peringkat yang lebih mencabar itu. Hu!~~ Alhamdulillah, selamatlah kami.

Baiklah... dengan entri bertajuk Kholas ini, makanya tamatlah sudah Cabaran 30. Target untuk menulis 100 entri tahun ini akhirnya berjaya. Hoyeah!! Lega banyak sebab lepas ni tak perlulah saya sampai terkerut-kerut dahi memikir nak menulis dan menggoreng apa tiap-tiap hari. Jenuh...jenuh.

Dengan ini, terima kasih diucapkan kepada anda, anda dan anda  yang sudi menjenguk blog saya yang tak berapa nak meriah sangat ni.

Err....Lepas ni taubat dah takmoh buat benda-benda macam ni. Err... tapi saya bercadang hendak buat GIVEAWAY setiap bulan. Err... gigihkah? Berjayakah? Wallahu'alam. Yang itu masih dalam perancangan lagi.

Weee!~~

No comments:

Post a Comment