Saturday, December 24, 2011

Cabaran 30 : Hari 24 : E-book Pretty Posy Is Coming Soon!

Err... hampir-hampir terlupa entry Cabaran 30. Aaaa!~ Stress sebab tak tahu nak cerita apa dah. Sudahlah hari ini seharian di rumah melayan drama Korea, BRAIN. Best wo... cerita tu ^_^. Cerita doktor main bedah-bedah otak. Tapi doktor hero macam kurang kasih sayang je. Haish!~~

Jadi, sepagi sampai ke tengah hari kerjanya mengambil gambar dan menjahit Pretty Posy untuk buat E-book. InsyaAllah ini E-book kedua saya, yang pertama E-book DIY Felt Bookmark. Mungkin awal Januari baru boleh publish, eceh!~ Sekarang ni baru selesai crop gambar sahaja. Editnya belum lagi. Tulis instructions pun belum lagi. Hmmm.... Kena tunggu mood rajin datang balik.


Sebenarnya dah lama dah bercadang handak tulis E-book DIY Pretty Posy ni, baru pagi ni  rajin sedikit dan tergerak hati hendak tangkap gambar step by step. Padahal sebelum ni saya banyak je jahit Pretty Posy, cuma malas kuasa 80. Entahlah, mungkin akan ada DIY Kit ke... kalau rajinlah kan. Err... ada sapa-sapa berminat ke dengan DIY Kit? Kalau ada, bolehlah saya rajin-rajinkan diri. Hehe...

See you soon next year!~~

No comments:

Post a Comment