Thursday, December 5, 2013

02 Oct 2013 - Tumpas & Dongdaemun at Night

Dua hari bertahan tapi hari ni tumpas. Ikut itinerary hari ni banyak tempat nak pergi antaranya Gyeongbukgung, Gwanghwamun Square, Insadong dan Bukchon Hanok Village. Tumpas! Huhu.. Terbaring dekat bilik sampai ke tengah hari. Demam! Sebenarnya dah mula demam dari hari pergi Nami tapi gagahkan pergi juga sebab takut nanti tak terpergi bila dah tak ada kawan.

Jadi mereka keluar bertiga. Dah tak risau sangat dah sebab kawan yang sorang tu dah mahir baca peta subway. 

Dah petang sikit lepas makan tengah hari barulah keluar jalan dekat-dekat area Hyehwa. Itupun sekejap sangat jalan. Sekadar nak jenguk kawasan sebab staff guesthouse cakap tempat tu dekat dengan Changgyeonggung dan Changdeokgung Palace. Manalah tahu boleh curi-curi masa pergi melawat time malam-malam. Okay, balik semula ke guesthouse dan tunggu kawan-kawan balik.  

Sebelah malam ingatkan nak pergi makan dekat kedai ikan bakar Dongdaemun tu tapi disebabkan keluar agak lewat dari guesthouse dan takut kedai tutup, kami habiskan masa jalan-jalan dekat area Doota dan Migliore tengok suasana malam dekat sana. 

Doota
양말 & 모자 가게 Socks and hats shops
Heunginjimun Gate - front view
Heunginjimun Gate - side view
Cheonggyecheon Stream

No comments:

Post a Comment