| Kena interview dengan budak-budak sekolah. Praktis Bahasa Inggeris untuk Language Class. |
| Kreatif. |
Dari Insadong kami ke Trick Eye Museum di Hongik. Adoi, ramai gila orang hari tu sampaikan nak keluar dari Exit 9 pun kena beratur. Dah mula risau sebab lepas ni dah book guesthouse dekat area Hongik tu. Kalaulah ramai orang macam ni hari-hari, tak berkenanlah. Yup, saya tak berapa suka tempat ramai-ramai orang. Sudahlah tak ada escalator. Err..
Tercari-cari juga kami di sini. Hello Kitty Cafe jumpa tapi Trick Eye Museum pula tak jumpa. Mujurlah ada line internet, buka balik Navermap dan akhirnya jumpa juga. Ingatkan dapat masuk Trick Eye Museum sahaja, sekali dapat masuk Ice Museum juga. Penat dengan letih duduk dekat dalam muzium tu. Hmm..
| Teringat ajushiideul bila tengok wings ni ^^ |
Hari ni kami balik awal, solat dekat bilik je. Dah hilang penat, kami keluar semula ke Dongdaemun. Kali ni nak pergi makan ikan bakar. Dah jemu makan nasi dan lauk-pauk Brahim. Lagipun semenjak datang kami belum pernah makan makanan Korea lagi. Serius, kami hanya berempat tapi stok Brahim hampir 25 bungkus. Itu belum campur maggi, biskut, tuna etc. Banyak! Sebab masing-masing dah penat, saya pula dah surrender tak nak naik subway, kami ambil teksi ke Dongdaemun. Pakcik teksi tu pula berhentikan kami jauh sikit dari Exit 8 tapi dekat dengan kedai burger halal, nak tak nak terpaksalah berjalan juga ke sana. Tambang naik teksi berempat lagi murah dari naik subway ya.
Okeylah makanan dekat kedai tu. Sambal sotong dia...bawang tu manisnya oi. Dari saya yang jenis bawang hanyalah perhiasan dikeliling pinggan pun boleh suka makan bawang. Tapi dekat sana sajalah. Sekarang kembali ke asal, tak makan. 양파 싫어욤!~ ㅎㅎ
Balik pun naik teksi. Memang tak nak dah naik subway. Huhu..
I know what it's like bile rase dah malas giler nak naik subway.... me and my sis aritu on the last day kitorang kat sane we took a cab as well.. dari Gangnam ke Myeongdong... serius tak larat nak naik subway dah.. mahal pun takpe laa...janji kaki tak rase nak tercabut meredah subway
ReplyDelete