Wednesday, December 25, 2013

Buttersugar Poetry

Salahkan ajushii, semua mesti nak letak 'poetry' dekat hujung. Petani anggur memang macam ni, tak ada kerja dia cari kerja. Balik dari sana turun 5kg balik sini tambah balik -..-

Bila timbang berat turun, rasa semangat nak gi lagi. Huhu... Duduk rumah jaga makan macamana pun still susah nak turun berat. Dekat sana memang selalu ada catuan makanan, nak berjimat nak make sure semua dalam budget, sebab itulah kut senang. Tambah pula berjalan tak ingat sakit, tak ingat penat.

With cream cheese & chocolate ganache
With chocolate ganache only

Dua-dua kek coklat tapi menggunakan resepi yang berbeza. Dua-dua boleh dikategorikan sebagai kek yang moist. Selalu guna resepi yang Devil's Food Chocolate Cake tapi haritu saja nak test tukar angin, try resepi kakak dan end up kek Black Magic tu termasin sikit. Itulah ikut sangat sukatan asal. Oleh sebab itulah ada dua jenis kek dalam masa dua hari. Yang masin sikit tu masuk perut orang-orang dekat rumah, yang DFCC tu alhamdulillah dah terjual. Aih~ Nak tambah berat senang, nak turun bukan main bersusah payah.

No comments:

Post a Comment