Saturday, December 28, 2013

A day with Gina Lee (Part 1) - Korea Culture House (KOUS), COEX Mall & Bongeunsa Temple

Sekali lagi, public holiday di Korea sempena Hangeul Day, 9 Oktober. So dengan berbesar hati Gina cakap nak teman saya pergi berjalan-jalan hari ni. Pagi-pagi Gina sediakan breakfast dulu, penuh satu meja. Ada satu side dishes tu sampai ke hari ni teringat-ingat rasa dia. Simple dish je tauhu yang kita masak sup tu dengan oyster sauce tapi...sedap! Saya makan sikit sahaja sebab risau tapi end up oyster sauce tu insyaAllah boleh dimakan (saya dah double check dengan student dekat sana - Halal Korea). Jadi bolehlah siapa-siapa yang nak pergi Korea tu kalau rasa bosan makan maggi, telur goreng semata bolehlah beli Oyster Sauce brand Beksul ni. Tuang je oyster sauce tu atas tauhu tak perlu masak (saya tengok Gina tak masak pun, instant kut).

Antara tempat-tempat yang kami pergi ialah Korea Culture House (KOUS), COEX Mall, Bongeunsa Temple, Seonjeongneung (Royal Tomb) dan  Seokchonhosu Lake (sebelah Lotte World). Banyak tempat pergi tapi ada yang tak mendatangkan hasil pun. Penat je dapat. Huhu...

Nama pun Korea Culture House, ingatkan bolehlah tambah ilmu pasal Korea culture sekali nan ado apa-apa. Nak join workshop kena buat reservation dan kalau tak silap hanya untuk foreigner yang tinggal lama di Korea. Persembahan traditional pula waktu malam. Sudahnya kami pergi COEX Mall dengan harapan menggunung nak pergi Kimchi Museum.

Vespa merah

Korea Culture House building
Masa on the way nak ke KOUS, jumpa benda ni. Gina cakap kenderaan yang nombor plate end with these 2 numbers, 3 ke 8 ke tidak dibenarkan parking di sini untuk hari ini. Menarikkan!? Hehe.. Dekat situ tulis something like  "Join us in saving the energy."

Try buat dekat Malaysia tengok. Huhu...
COEX Mall sekarang tengah ada major reconstruction, tak tahulah dah siap ke belum. Waktu saya pergi tu memang banyak kedai yang tutup. Nah!~ Dengan Kimchi Museum sekali tutup. Apakah?! -..-; Sungguh membazir tenaga. 


Menarik design bangunan ni

Construction in Korea, jadi kebiasaan pula
melangut tengok construction site dekat sana.
Sebenarnya tempat-tempat yang saya pergi ni satu kawasan, kira walking distance. Nak tengok kimchi tak dapat, kami pergi ke Bongeunsa Temple.

Boleh cuba kalau naklah, temple stay *geleng kepala tak nak*
Siapa pernah tengok documentary dekat KBSW, tau mcmana life
diorang dekat situ. Tak suka part makan dia. Eww..
Entrance



Red lanterns



Sebesar yang boleh tapi besar lagi yang Batu Cave tu,eh?
... bersambung.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment