Monday, December 16, 2013

04 Oct 2013 - Namsan Seoul Tower, Namdaemun & Myeongdong

Hari ni kami ke Namsan Seoul Tower. Cadangnya hendak naik bas tapi bila tunggu tak kunjung tiba basnya, saya pun ajak kawan-kawan kembali ke plan asal yakni naik cable car. Jadi dari bus stop kami pun berjalan perlahan-lahan menuju ke tempat elevator tu. Sempat jugalah kami beli ikan berinti kacang merah. Lupa dah nama apa.


Jauh jugalah nak berjalan ke Namsan Oreumi (남산 오르미 - elevator), lebih kurang 600 meter.
Klik untuk tumbesaran
From inside the Namsan Oreumi (elevator)
Harga tiket cable car dah naik harga ke? Rasanya waktu buat research 8,000won/ person tapi sekarang... Hmm... lari budget sedikit disitu. Huhu...

8,500 won/ person
Bila sampai dekat atas, memang rezeki kawan yang datang sehari lewat tu. Tak ingat sebab apa tapi ada satu booth untuk pengunjung mencuba pakaian tradisional Korea. Ramai juga yang beratur, kena tulis nama dan tunggu giliran. Sebab saya dah pakai dekat Bukchon Hanok Village, so saya jadi pemerhati dan penjaga beg sahaja. Haha... Tapi boleh pakai sekejap sahaja. Baru kawan-kawan hendak posing dah kena panggil balik dengan petugas. Sorry tak ada gambar pula. 

Lepas tu kami pun memulakan sesi tawaf-menawaf kawasan sekitar. Marilah tengok gambar yang tak seberapa ni. Matahari terik tapi sejuk je.



D-90. Another 10 days to celebrate our 100 days together.
Lonely. Look at her eyes ㅠ.ㅠ
Terik mentari
Rombongan sekolah. Dekat mana-mana tempat, mesti akan ada rombongan sekolah macam ni.



Dah rasa puas hati tawaf semua kawasan, kami singgah beli souvenirs. Saya beli sikit dulu sebab lama lagi nak tinggal dekat sini. Beli yang ada gambar Seoul Tower pastinya. Kemudian kami pun turun ke bawah still dengan cable car. Sebaik tiba dekat bawah, entah macamana terfikir nak cari tempat solat dekat situ. So, kami solat dekat toilet untuk orang kelainan upaya. Tempat tu luas juga. Tapi bila kawan saaya dah balik Malaysia, bila dia tanya kawan seusrah, katanya kita tak boleh solat dekat toilet macamana sekalipun biar tempat tu bersih. Wallahu'alam. Hmm... belajar satu lagi benda baru.

Selesai solat kami terus ke Namdaemun Market. Waktu ni kami blur-blur jugalah. Kami ikut underground shopping subway. Ada seorang budak perempuan Korea ni tegur boleh dia tolong kami, sebab tengok kami tercari-cari nak keluar ikut mana. End up ada seorang ajushii ni tunjuk arah mana kami perlu tuju. Baik-baiklah diorang ni.

Dipendekkan cerita, kami berjaya jumpa Namdaemun. Kami dari arah Exit 7 Hoehyeon Station. Sempat beli strawberry juice dari kedai kecil dekat situ. Alang-alang dah dari situ, kami jalan terus sampai jumpa Kebab Adnan. Apalagi, teruslah kami beli kebab sorang satu. Time tu terjumpalah dengan kakak-kakak dari Malaysia. Diorang pun duduk makan dekat depan bank sebelah kedai kebab. Sambil makan sambil berborak.


Selesai makan, kami pun memulakan misi menjelajah Namdaemun Market. Mulalah aktiviti-aktiviti memborong souvenirs. Pada saya cara paling mudah nak mencari bangunan e-Lengdang (E-렝땅 액세서리) ialah dari Exit 6 Hoehyeon Station. Bila dah melepasi kedai kebab, jalan terus lagi sampailah nampak lorong dekat sebelah kanan. Masuk lorong tersebut dan bangunan e-Lengdang betul-betul depan mata.

Klik untuk tumbesaran
Tempat memborong keronsang/ brooch 
Kami di Namdaemun agak lama juga sebab tak ada sesi repeat shopping. Kemudian terus ke Myeongdong. Wah! Dah ada escalator dekat sini. Banyak dah berubah. Seingat saya 2 tahun lepas tak ada lagi escalator dekat situ. Sambung lagi sesi membeli-belah souvenirs. Seperti biasa, dinner di kedai Yooganey.


Sebab tak nak bercakap, rasa tak confident, maka saya tulis time-time tu juga. Tapi rasanya salah ejaan da. Tapi bolehlah as long as budak tu fahamkan.

Ejaan yang sepatutnya 넣지 마세요. Huhu..
Nasi goreng seafood
Excited masing-masing tengok diorang masak depan mata. Padahal goreng nasi je kut. Makan sehingga licin dan meneruskan sesi window shopping. Wah hebat hari ni satu hari suntuk berjalan. Masuk kedai kasut Crocs dan siap dah nak beli sepasang tapi nan-ado size. Seronok tengok collection Crocs dekat sana, ada yang berbeza dari Malaysia contoh koleksi musim sejuk, siap ada bulu-bulu lagi :). Yang saya nak beli tu dia ada tapak getah. Kalau dekat Malaysia tapak kasut Crocs tu biasa je kan. 

Dan akhirnya kami pun pulang ke Hyehwa setelah penat seharian berjalan pada hari ini, Day 6.
Strawberry juice lagi~  딸기 주스
Dari kejauhan

1 comment:

  1. Bestnye..saya pun tengah survey2 pasal cable car ke namsan ni..InsyaAllah nov ni ke sana..

    ReplyDelete