Sunday, December 8, 2013

[Part I] 03 Oct 2013 - Herb Island, Pocheon-si, Gyeonggi-do

Bila dah hari-hari berjalan, momentum untuk bangun awal semuanya ke laut. Bangunlah awal macamana pun tapi akhirnya paling awal keluar dari guesthouse ialah pukul 10.00 pagi. Penat. Penat berjalan. Itu baru berjalan siang, malam memang tak keluar sangat.

Hari ni public holiday dekat Korea. Mestilah semua tempat penuh dengan rakyat-rakyat diorang. Okey, hari ni kami keluar dari Seoul. Ingatkan sebab jauh taklah ramai orang, sekali silap, ramai juga tapi masih boleh tolerate lagi. Kalau Nami Island mesti lagi maha dasyat.

Hari ni kami ke Herb Island, Pocheon-si, Gyeonggi-do. Perjalanan nak ke sana kalau tak silap hampir satu jam lebih termasuklah menunggu train dan bas semua ( Ke dua jam? Lupa). Sejak tengok gambar kawan pergi sana 2 tahun lepas, terus pasang angan-angan nak ke sana. Cantik tempatnya.

Dari Hyehwa Station kami ke Soyosan Station, Line 1, Dark Blue Line. Kami tukar train di Chang-dong Station. Dekat sini tricky sikit sebab ada banyak train yang lalu dekat landasan yang sama tapi hentian terakhir bukan Soyosan. Salah naik train alamatnya kena guna cara lain nak ke sana. Sebab ada kes blogger Cina ni salah naik train dan berhenti dekat Uijeongbu. Alhamdulillah sepanjang dekat sana, tak ada kejadian sesat barat. Alhamdulillah!



Sila pastikan board bertulis macam ni baru naik
untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku
Lama jugalah kami menunggu train untuk ke Soyosan dan 3-4 train juga yang lalu dipandang sepi sebab dalam kepala dah set kalau tak ada tulis Soyosan dekat badan train tu, bukanlah jawabnya. Dalam duk menunggu tu kawan-kawan yang lain sempat bersembang dengan seorang foreigner dari Filipina agaknya. Dia kahwin dengan orang Korea. Saya tak dan nak join sebab fokus ke train, takut tersilap dan terlepas.

Orang baik demam excited nak pergi jalan.
Ramai sangat!! *geleng kepala tengok*
Soyosan Station. Tunggu bas untuk ke Herb Island
di seberang jalan
Bas untuk ke Samjeongri Herb Island.
Herb Island dekat last stop (dalam kotak merah tu)
Punyalah rajin pakcik makcik berusia dekat sana keluar beriadah
Lama benar nak menunggu bas ke Herb Island. Berdiri, bangun, jalan, duduk, termenung semua ada. Rasa nak mengamuk pun ya juga tapi nak mengamuk ke sapa pun tak tahu. Huhu.. Kita ni sudahlah nak jimat masa. Masing-masing berangin je. So kalau nak ke Herb Island sila keluar awal pagi.


Sawah padi?

Pemandangan-pemandangan dari dalam bas. Cantikkan. Langit dia biru sungguh. Subhanallah, cantik!

Sampai!!
Bila dah sampai tu rasa lega sangat tapi part yang tak best tu tang nak mendaki bukit sikit untuk sampai naik atas. Mengah! Hilang nyawa mendaki! Tapi serius, pemandangan dekat atas tu memang cantik. Perasaan nak marah tadi hilang terus bila tengok tempat ni.





Siap ada bilik-bilik kecil ikut theme lagi

Serius tempat ni cantik sangat; bangunan, pokok, bunga-bungaan yang pelbagai warna. Memang ambil gambar tak henti-henti. Cuaca pula memang cerah sepanjang hari. Alhamdulillah.


Interior dalam salah satu bangunan dekat Herb Island.
Poskad
Boleh beli souvenirs dekat sini; calendar, bag, poskad etc
.... bersambung. 

p/s: Sebab banyak sangat gambar, saya buat dua part.

No comments:

Post a Comment