Friday, December 13, 2013

[Part II] 03 Oct 2013 - Herb Island, Pocheon-si, Gyeonggi-do

Herb Island ni luas tempatnya. Rasanya kami tak sempat cover semua tempat pun. Kalau hendak bermalam dekat sana pun boleh sebab ada disediakan ala-ala guesthouse tapi harga dia boleh tahan mahal. Waktu malam Herb Island ni cantik, macam ada light festival kalau tak silap.

Kami bawa bekal nasi Brahim ke sini. Jalan-jalan, solat dan makan. Waktu makan tu ada seorang Korean ni siap datang minta ambil gambar sama-sama tapi tak sempat nak minta kawan dia tu ambilkan gambar balik. Dan dia tahu Kota Kinabalu. Haha... Dia tahu kami dari Malaysia sebab pakai tudung.

Red Indian in Korea??


Lepas makan lagi semangat nak berjalan. Tempat ni memang besar. Agak excited bila jumpa banyak lagi tempat-tempat yang menarik. Penat ke tidak, heret jangan tak heret kaki.

Cantik!

Pelangi indah


Dwarf ni muka macam 'malas layan ah dia ni' XP


Semerbak bau roti tapi apakan daya...


Nampak sepasang kaki dekat situ?






Macam dekat oversea yang bukan Korea,
somewhere in Europe






Toilet pun nak cantik-cantik macam ni

Pirate of The Herb Island
Bila hari dah mula nak gelap, kami pun angkat kaki. Pukul 5 petang dah kalau tak silap waktu tu. Berjalanlah kami menuruni bukit. Turun bukit kira okey lagi dari naik tadi. Nak tunggu bas kena jalan jauh sikit 200-300 meter lebih kurang.

Waktu sampai dekat bus stop tu ada seorang Korean yang faham Bahasa Inggeris. Jadi kami pun tanya betul ke tak kalau nak pergi ke Soyosan Station tunggu dekat bus stop tu sebab ada dua bus stop. Bus stop untuk balik semula ke Soyosan Station tu tak perlu lintas jalan. Naik bus yang sama 57-1 atau 57-2. Lama juga kami menunggu bas, dalam 6 lebih baru ada bas. Memang dah gelap waktu tu dan cuaca drop, sejuk.

Balik!! Lebih kurang 45 degree bukit tu.
Sila daki untuk sampai dekat Herb Island

Jalan keluar ke bas stop.

Baru tahu ada satu episod Shinhwa Broadcast
penggambaran dibuat dekat sini
On da way back. 
Memang masing-masing dah penat tahap apa je. Mujurlah naik subway ada seat. Itupun setelah berjalan dari hujung gerabak ke satu gerabak. Sudahlah dengan bertudung bagai, memang dipandang orang je. Duduk pula dekat dengan budak-budak Korea yang boleh speaking, semangat lagi tanya dari mana, buat apa datang sini, kerja ke student. Kenangan-kenangan...

Oppss...nah, untuk hantu-hantu Running Man. Silalah pergi untuk mengimbas kenangan Jung Kook, Gary, Gwang Soo oppa korang ya. Huhu... Dah tak berapa nak tengok dah Running Man sekarang ni. Tengok pun bila episod yang ada ajushiideul saya yakni Shinhwa yang berjaya mengalahkan team Running Man dalam semua game. Manse ajushii!~ ^_^

Lelaki berlari di Herb Island

5 comments:

  1. Ya Allah sangat bersyukur ada entry ni sebab dalam itinerary nak gi Herbs Island ni. Thanks!

    ReplyDelete
  2. nak pegi ni!!! thanks for sharing :D

    ReplyDelete
  3. wah teringat moment pergi sana dulu...nice story dear..:)

    ReplyDelete
  4. Cantiknye...colorfull...rasa nak pegi Korea lagi je..last year dapat pegi awal January2013 3 hari je...gamba yg cantik ni bulan berapa sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang saya pergi last year early October. Saya rasa dekat sini memang cantik memanjang kut cuma winter maybe tak ada bunga-bunga ni semua kut. Silalah repeat lagi :) Previously 2011 pun saya pergi 2-3 hari macam tu. Mesti rasa tak puas kan. Paham-paham :)

      Delete