Tuesday, December 3, 2013

01 Okt 2013 - Nami Island

Ahli rombongan dah cukup korum hari ni, 4 orang. So kami ke Nami Island. Ikut itinerary awal-awal dulu, nak ke sana hari Khamis 3/10 tapi sebab hari tu public holiday kami tukar. Hmm.. public holiday ke tidak, Nami tu rasanya tak pernah lengang dari rakyat-rakyat diorang. Ramai je juga walaupun hari tu hari bekerja.

Ok, disebabkan tak nak kena tukar subway naik turun tangga banyak kali, dari Hyehwa terus ke Nowon. Dari Nowon ke Sangbong dan tukar train ke Gapyeong. Tapi rasanya laluan ni lagi jauh. Memang tak kena tukar subway banyak kali tapi naik turun tangga dekat Nowon tu boleh tahan juga. Hu.. Silap percaturan da.

Perasaan je ke apa, tapi subway diorang macam luas lagi
Ajumma ni ajak duduk lepas buat banyak aksi sakit dan lenguh kaki.
Duduk dekat tempat khas tu, takda hal lah. Hehe...
Siap cakap dekat ajumma tu,
"내 팔이 너무 아파요."
(Kaki saya sakit sangat. ㅎㅎ)
Sepanjang-panjang 1 jam lebih tu kena berdiri, memang jenuhlah.
Ni geng ajumma baju pink tadi. Ada la borak-borak sikit dengan diorang.
Yang basic korean tu lepaslah nak jawab.
Tanya dari mana, datang buat apa, umur berapa, kerja ke belajar?
Sampai
Kebun bunga depan Gapyeong Station
Jalan-jalan dekat kebun bunga dulu
Bunga cosmo. Diorang cakap bunga cosmo
ni tandanya musim luruh dihujung korner
Dah puas ambil gambar dekat kebun bunga barulah kami ambil teksi ke Nami. Dekat Nami terserempak lagi dengan ajumma dan ajushii tadi.

Macam biasa, dah sampai tu beli tiket masuk dan apalagi, merayaplah dekat dalam tu. Pokok-pokok dekat Nami belum tukar warna lagi, so  semuanya hijau. Satu dua sahaja yang dah bertukar warna.


Mereka
Tupai
Pokok-pokok yang daunnya sudah berubah warna
Lengang

Dah penat jalan, kami pergi solat dulu dan bernasib baik bila ada pelajar Malaysia yang bawa satu group ni pun hendak pergi makan, so taklah sesat lagi nak cari kedai makan.

Sila cari bangunan kuning, Nami Library ni. Tempat solat
ada dekat tingkat atas. Kami haritu menggagau jugalah cari.
Ruang solat yang besar
Wall of hundred books  좋다!
Restoran yang nasi goncang tu dekat sebelah library tadi.
Kena jalan depan sikit dan belok kiri lorong dalam gambar atas ni.
Entrance

Nasi yang tak berapa nak goncang sangat.
Tak suka nanti kimchi masam tu bercampur dengan nasi.
나는 김치를 안 좋아해요. 조금만 먹어 괜찮아요.
Menu. Kenapa semua nak kena tulis comel-comel macam ni.
Macam comel~ je *pang!*
Sawadeekap. Eh?
Kenapalah dia bunuh diri. Hmm.. ?
Tak tengok pun Winter Sonata so perasaan teruja tak ada.
Ini tempat yang realnya. Yang awal-awal berbelon putih tu bukan.
Mesti lagi cantik bila daun dah kuning dan bertaburan dekat tanah.
Err..tengok mamat Thailand tu punya gambar dekat sini, cantik. T_T
Malaysia oh Tanah Ayaqku~
Seharian suntuk dekat Nami akhirnya kami pun pulang ke Seoul. Niat nak makan dekat restoran yang sediakan makanan halal tu tak kesampaian. Masing-masing dah penat dan masih kenyang lagi. Saya dengan sakit kaki dan demam, lagilah jadi lemau je nak berjalan. So balik terus. Tak ingat dah time balik kena berdiri ke dapat duduk. Hmm..

Kadang-kadang rasa terhibur dengan ajushii-ajushii ajumma-ajumma dekat sana bila naik subway. Kita ni jadi centre of attraction sebab pakaian kita yang bertutup dari atas sampai kebawah. Ada tu bolehkan datang semata-mata nak tanya dari mana. Nak praktis English yang diorang belajar kut. Layankan jelah.

1 comment:

  1. hohohoh,trust me...u don't wanna go there on their public holiday! penuh sesak tak cukup tanah! hahaha

    ReplyDelete