Okay, kali ni saya nak share lagi satu restoran Malaysia dekat Korea. Restoran ni terletak dekat Gangnam dan sangat senang nak locate kedudukan dia. Senang! Rasanya restoran ni memang fully own by Korean kut.
Tapi sebelum tu saya tak berapa pasti tahap kehalalan restoran Kitchen Nyonya ni. Yang saya tahu dia pork-free. Jadi sesiapa yang hendak pergi makan dekat sini sila tanya dulu. Waktu saya pergi makan dekat sini, pekerja dia ada cakap ayam yang digunakan halal. Entah macamana saya pun tak ambil endah sangat sebab duk sibuk belek menu. Saya order Seafood Noodle Soup sebab yang tu bolehlah harga dia termasuk air dan salad semua.
Macamana nak pergi Kitchen Nyonya?
- Naik subway dan turun di Gangnam Station, Line 2, Green Line, Exit 11.
- Dari Exit 11, jalan lurus a.k.a straight sahaja. Jalan sambil menikmati pemandangan bangunan-bangunan di kiri kanan jalan.
- Sambil jalan sila perhatikan bangunan tinggi yang bertulis CGV. Akan ada satu lorong ke kanan.
- Masuk lorong tersebut dan Kitchen Nyonya terletak betul-betul dekat simpang (3 ke 4? Sorry dah lupa) dan atas 7-11.
Sebenarnya hari ni 08 Oct 2013, cuaca sangat mendung dekat Seoul. Gina kerja jadi saya keluar sendirian. Alhamdulillah mujur Gina kasi stay dekat rumah dia walaupun rumah tak ada orang. Sebab ada juga kes saya kena keluar sekali time host nak pergi kerja. Maka bermalas-malasanlah saya diatas katil di pagi yang mendung itu.
 |
| Breakfast nasi Brahim lagi! Last pack |
 |
| Dah macam dekat Phuket pula, berselirat wayar |
Since Gangnam hanya satu station sahaja dari SNUoE Station (Kyodae), memang saya dah aim nak ke Gangnam dan lunch di Kitchen Nyonya. Err...tapi tak ada apa sangat yang nak ditengok dekat Gangnam tu. Banyak bangunan dan kedai-kedai sahaja. Sempatlah beli sepasang kasut yang kalau dekat Malaysia jeling-jeling pandang-pandang je.
Itupun siap Whatsapp minta pendapat orang dekat Malaysia patut beli ke tidak. Mahal!!! Er... Tapi sebab nak guna kaki tu berpuluh-puluh hari lagi dekat Korea, saya pun belilah. Kasut trekking yang sungguh berjasa. Sampai kesudah duk la pakai kasut tu. Budak dekat kedai kasut tu siap boleh speaking good English lagi. Sudahlah time kita try pakai kasut siap ikatkan tali bagai.
 |
| Kyodae Station |
 |
| Exit 11, Gangnam |
 |
| Kerana lagu itu -..- |
 |
| Suka tengok diorang susun nama kedai macam ni. |
 |
| Bangunan di seberang jalan. Suka design building ni. |
 |
Perhatikan tulisan CGV dalam bulatan oren. Jalan lurus sampai bangunan tu. |
 |
Another CGV sign. Kalau jumpa ni, anda berada di jalan yang benar. Ini lorong kanan yang saya tulis awal-awal tadi. |
 |
Tadaa! Mari makan makanan Malaysia! Tangga dekat tepi. Nampak lori tu? Naik ikut situ ya. |
 |
Memperkenalkan Malaysia dimata dunia melalui makanan. Malaysia kan negara yang punya pelbagai makanan sedap! |
Bila hujan turun, terus saya lepak dekat Kitchen Nyonya. Lepak sampai hujan reda kemudian barulah balik rumah Gina.
No comments:
Post a Comment