Thursday, December 19, 2013

06 Oct 2013 - Itaewon

Another rest day for me. Penat. Kawan-kawan yang bertiga pergi ke DMZ ikut pakej di sebelah pagi. Saya malas nak ikut sebab mulanya ingat nak pergi sekali dengan tempat yang ada bangunan warna biru tu tapi sampai ke hari 50 pun tak pergi. Padan muka diri sendiri.

Ini semua gara-gara tengok drama King Two Hearts, terus terpengaruh nak pergi tempat tu. Tapi rasanya itu bukan lokasi sebenar pengambaran drama kut. Gila nak berlakon dekat situ, silap haribulan mati kena tembak dengan tentera belah sana. Eh?

Kami janji belah petang jumpa dekat Itaewon, lebih kurang pukul 1-2 petang. Sebelum pergi saya belek Navermap sekali lagi macam nak ambil exam. Siap dah hafal dalam hati dekat celah mana nak kena lalu. Mungkin sebab 'fresh' jadi perjalanan mendaki bukit ke Itaewon tidaklah terasa penat sangat. Kira okey-okey macam tu. Tak penat sebab hanya pergi Itaewon sahaja. Kalau dah satu hari meredah kota metropolitan Seoul, memang sah pancit.

Cuaca sedikit mendung bila sampai dekat masjid. Kawan-kawan pula tak nampak batang hidung. Sedikit risau tapi tak apalah. Saya pun duduk melepak dekat bangku-bangku yang disediakan di kawasan perkarangan masjid sambil ambil gambar, jadi pemerhati bebas dan main internet. Ramai juga Korean yang datang melawat Masjid Itaewon. Lama jugalah duduk dekat situ. Nak balik nanti kawan-kawan tunggu, nak makan dekat restoran tak seronok pula makan sendirian. Sudahnya, ambil wudu' dan solat. Dekat pintu, bertembung dengan kawan-kawan yang dah lama sampai. Lega. Boleh makan sama-sama. Haha...

Tengok awan, gelap T_T
Selesai urusan di masjid bersolat dan bergambar, apalagi kami pun terus menuju ke restoran Muree Muslim Food. Lapar sangat kut, bila saya check fail gambar, ada gambar makanan diri sendiri sahaja. Gambar makanan yang lain, nan ado. Huhu... Apapun, suka banchan yang disediakan, siap bertambah.


Bibimbap. Favorite K-food :)
Dah makan kenyang, maka kami pun pulang ke sarang. Hari ni hari kedua terakhir rakan-rakan di Seoul. Mereka akan pulang ke Kuala Lumpur esok petang. Erk...saya dah mula berdebar sebab....

Travelator. Baguskan facilities yang gov. SK sediakan untuk rakyat K.

No comments:

Post a Comment